72572

Elfira & Sufian Bertunang Oktober Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan selebriti popular Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bakal melangsungkan majlis pertunangan pada bulan Oktober nanti.

Perkara ini diakui sendiri oleh Elfira sewaktu ditemui di pelancaran produk kecantikan dan kesihatan Maydan dimana Elfira telah dilantik menjadi salah seorang dutanya disamping Nur Fazura dan Fattah Amin.

screen-shot-2017-08-30-at-3-17-13-pm

“Inshaallah saya akan melangsungkan majlis pertunagan pada bulan Oktober nanti. Tetapi tarikh sebenarnya masih belum ada kerana kedua belah pihak masih berbincang mengenai perkara ini.

Walaubagaimanapun menurut Elfira lagi, beliau dan Sufian masih belum memulakan persiapan untuk majlis itu.

screen-shot-2017-08-30-at-3-22-15-pm

Namun katanya, beliau mahukan majlis yang lebih bersifat privasi yang hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.

Ditanya adakah pihak media akan diundang ke majlis pertunangannya itu nanti, katanya perkara itu masih belum ditetapkan.

screen-shot-2017-08-30-at-3-26-38-pm

“Bagi pihak keluarga saya, kami sering dikelilingi oleh orang industri, jadi kami sudah terbiasa dikelilingi oleh media, namun tidak bagi keluarga di sebelah sana. Perlu ada perbincangan yang lebih lanjut. Apa-apa pun kita tunggu sahajalah nanti”, jelas aktres jelita ini.

screen-shot-2017-08-30-at-3-16-35-pmSuria doakan semoga segala persiapan untuk majlis pertunangan Elfira dan Sufian berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tengok baju pertunagan Elfira nanti!

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!