72162

Ella Mahu Berehat - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-04-09-at-2-38-36-pm

Sempat memeriahkan Jelajah Suria 10 Tahun di Kuala Terengganu baru-baru ini, Ratu Rock Malaysia, Ella memberitahu yang dia cuba mencuri masa untuk berehat sekejap sahaja selepas ini.

“Selepas menyertai Jelajah Suria ini saya akan berehat sebentar dari semua aktiviti seni. Tapi bukan lama. Saya akan pergi bercuti ke New Zealand sekitar 10 hari sahaja untuk menghabiskan waktu lapang yang ada. Ini kerana selepas pulang dari sana nanti saya akan sibuk dengan macam-macam aktiviti berhubung dengan kerjaya saya,” jelas Ella sewaktu ditemubual di belakang pentas Jelajah Suria 10 Tahun di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu.

whatsapp-image-2017-04-09-at-4-17-34-pm

Penyanyi Rock kesayangan negara yang kelihatan begitu anggun sejak berhijab tidak lama dulu, turut memberitahu yang beliau kini sibuk merancang promosi album terbarunya yang bakal dilancarkan pada bulan Julai ini, yang juga bulan kelahirannya.

“Album ini akan menampilkan nama-nama besar yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini seperti Dato M. Nasir, serta abang Lord dari The Boys. Saya juga menyahut cabaran untuk berganding dengan nama-nama yang lebih baru seperti, Edry Hashim, dan Omar K, yang turut menyumbangkan lagu buat album ini nanti,” tambah Ella.

Menurutnya, album ini mengambil waktu yang lama untuk dihasilkan kerana beliau sangat mementingkan kualiti album berbanding kuantiti. Kali terakhir Ella muncul dengan album adalah sepuluh tahun yang lalu di mana lagu popular ‘Rama-Rama’ menjadi pertaruhan.

whatsapp-image-2017-04-09-at-4-17-34-pm-1

Di samping itu, Ella juga memberitahu yang beliau akan menagadakan dua buah konsert untuk memenuhi kehendak para peminatnya. Ini termasuklah sebuah konsert di Singapura pada bulan Julai dan sebuah lagi di Kuala Lumpur Disember nanti.

Kami di Suria mendoakan yang terbaik buat Ella dan semoga album serta konsert terbarunya nanti mendapat hasil yang diharapkan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!