87717

Elly Mazlein, Azmi Hata & Faye Kusairy Akhirnya Berdamai? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat hubungan yang retak kembali bercantum semula.

Itulah yang sedang berlaku dalam hubungan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein bersama anak, bekas suami dan isteri baru bekas suaminya.

Terbaru Elly telah memuatnaik gambar dirinya bersama anak perempuannya Sefhia setelah sekian lama tidak berbuat demikian.

 

Kata Elly dalam kapsyennya, beliau bersyukur kerana akhirnya anaknya Sephia telah bertemu dengan bapanya Azmi Hata dan juga ibu tirinya Faye Kusairi.

Tambah Elly lagi, tiada apa yang lebih menggembirakan hatinya selain melihat kebahagiaan anaknya.

Alhamdulillah, SURIA sendiri terharu melihat perubahan positif ini. Di bulan yang mulia ini, adalah lebih bail jika saling bermaaf-maafan dan buang jauh-jauh semua sengketa lama.

Semoga Elly Mazlein akan hidup bahagia bersama anak tersayang dan tidak lagi dirundung masalah yang sering melanda hidupnya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!