87503

Elyana Ajak Penghidap Kanser Beraya Bersama - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setelah mengumumkan bahawa beliau sebenarnya telah lama hidup dengan kanser selepas bertanding dalam rancangan realiti Gegar Vaganza tahun lalu, ramai yang bersimpati dengan Elyana, penyanyi yang pernah popular seketika dahulu.

Dan terbaru penyanyi tersebut memberitahu beliau mahu mengajak peminatnya yang sedang berjuang dengan kanser untuk bertemu dan beraya bersama.

Ini diumumkan di laman Instagramnya semalam.

Menurut paparan tersebut, Elyana ingin mengadakan acara bersama peminatnya yang hidup dengan kanser. Malah beliau juga menyatakan bahawa sambutan hari rayanya setiap tahun kosong dan membosankan.

Sedih juga kami di Suria kala membaca paparan ini di Instagram. Walau apapun kami mendoakan yang terbaik buat Elyana dan berharap acara ini akan menjadi kenyataan.

Kepada semua yang sedang berjuang dengan kanser atau apa sahaja kesulitan, kami doakan semoga Tuhan berikan anda kekuatan untuk terus bertahan!

Insyaa Allah. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin!

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!