96745

Eminem Buat Persembahan di Oscars, Billie Eilish Bingung - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penampilan khas penyanyi rap terkenal Eminem di Anugerah Akademi ke-92 (Oscars) yang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) mengejutkan para tetamu malah menjadi bualan hangat netizen di laman sosial.

Paling mencuri perhatian ialah reaksi penyanyi dan komposer muda Amerika Syarikat iaitu Billie Eilish yang kelihatan tidak terpegun dengan kehadiran penyanyi yang terkenal dengan jolokan Rap God itu.

Berbeza dengan Billie yang baru berusia 19 tahun, para tetamu lain yang dilihat cukup terhibur dengan persembahan tersebut.

Kemunculan Eminem sebagai salah seorang penyanyi yang membuat persembahan pada malam tersebut dikhabarkan dirahsiakan daripada pengetahuan tetamu.

Eminem menyampaikan lagu Lose Yourself yang pernah memenangi kategori Muzik Original Terbaik Oscars pada tahun 2013.

Untuk rekod, Eminem, 47, merupakan artis hip hop pertama dalam sejarah yang menerima penghargaan Oscars.

Lose Yourself dilancarkan pada tahun 2002 sebagai runut bunyi untuk filem 8 Mile.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!