71920

Emma Maembong Dikejarkan Ke Hospital - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon wanita, Emma Maembong telah dikejarkan ke hospital gara-gara sakit perut yang dialaminya sejak semalam. Apa yang difahamkan, Emma enggan untuk mendapatkan rawatan sebelum ini kerana hanya menganggap ianya hanya sakit biasa.

Namun kerana sakit yang menyerangnya itu berlarutan sehingga ia menjadi lebih teruk, Emma dengan rela hati ‘menyerah’ diri ke hospital. Doktor telah mengesahkan bahawa Emma mengalami jangkitan virus.

Jom kita baca penjelasan pengurusnya, Nana Rashom kepada portal Berita Harian Online hari ini.

“Buat masa ini, Emma masih tidur selepas diberikan ubat. Doktor memang memintanya supaya tidak diganggu. Sekarang kesakitannya sudah berkurangan, cuma tidak boleh ada pelawat. Kalau tengok keadaannya malam tadi, memang membimbangkan walaupun sebenarnya Emma tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana komitmen kerja hari ini. Namun, dalam keadaan begini kesihatannya perlu menjadi keutamaan dan kami berterima kasih kerana pihak berkaitan pun memahami situasi ini. Kami minta maaf kerana menyebabkan komitmen kerja tergendala. Saya sendiri tidak dimaklumkan berapa lama Emma akan ditahan di hospital.”

Nana juga telah memuat naik gambar beserta kapsyen di akaun Instagram milik Emma untuk berkongsikan berita itu kepada peminat mengenai kesihatan Emma. 

Semoga Emma cepat sembuh seperti sedia kala. Hmm mungkin juga Emma kuat sanagt bekerja sampaikan tiada masa untuk berehat. 

Sumber : BH Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!