96226

Emma Maembong Dilantik Menjadi Duta Yobick Bagi Tahun 2020 - Suria FM - Segalanya Hiburan

DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan Yobick Pineapple yang hadir dalam botol bersaiz 700ml dan dengan rasmi melantik Emma Maembong sebagai duta Yobick untuk kempen tahun 2020 mereka. Perlantikkan Emma Maembong yang semestinya popular didalam industri drama dan filem Malaysia, bertujuan untuk menghebahkan kepada umum akan Yobick – minuman berasaskan yogurt yang sesuai dan sesuai dengan gaya hidup harian mereka.

Pelantikan Fatimah Rohani Ismail atau yang lebih dikenali dengn nama komersilnya – Emma Maembong sebagai duta jenama Yobick 2020 adalah kerana pesona dan keperibadiannya yang positif menyamai jenama Yobick. Yobick berperisa nenas baru yang secara rasminya di pasaran hari ini adalah langkah berani oleh Yobick untuk terus terukir di pasaran minuman berasaskan yogurt. Yobick adalah jenama dari Jepun yang mula diperkenalkan ke pasaran kategori minuman berasaskan yogurt di Malaysia dengan rasa Yobick Original pada Mei 2018 diikuti dengan Yobick Sakura dan sejak itu jenama Yobick menjadi pilihan ramai. Di awal tahun 2019 Yobick memperkenalkan Yobick Lite+ dengan campuran kolagen dan kini bermula Januari 2020, Yobick Pineapple boleh didapati di pasaran untuk memenuhi keperluan individu dan keluarga yang sentiasa mencari minuman yogurt yang sihat dan lazat.

Pelancaran Yobick Pineapple adalah usaha memperkembangkan produk Yobick secara berterusan untuk memenuhi kehendak pengguna Malaysia kerana buah nanas merupakan buah tropika yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan ianya juga amat menyegarkan. Rangkaian baharu bersaiz 700ml kini boleh didapati di pasaran dan ditujukan kepada pengguna yang berhasrat untuk berkongsi kebaikan Yobick Pineapple bersama keluarga dan rakan mereka. Pengenalan botol bersaiz 700ml adalah jawapan kepada permintaan yang semakin meningkat dan maklum balas penggemar Yobick yang menginginkan isi kandungan minuman yang lebih besar.

Kata En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd, 

“Kami amat berbesar hati mengalukan Emma Maembong yang berbakat kedalam keluarga Yobick, keputusan untuk melantik Emma sebagai duta adalah kerana keperibadian positif Emma sebagai seorang pelakon popular adalah imej apa yang Yobick sebagai jenama mahukan. Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa Yobick adalah 100% jenama dari Jepun. Minuman Yobick Pineapple terbaharu kami mengandungi prebiotik yang membantu sistem penghadaman untuk badan kita. Yobick Pineapple mempunyai rasa tropika yang sedap dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia dan saya yakin ianya akan menjadikan Yobick minuman berasakan yogurt pilihan ramai.

Pelantikan Emma sebagai duta kami adalah dengan strategi yang Yobick dapat menembusi lebih luas lagi pasaran di Malaysia dan untuk memberitahu umum tentang manfaat kesihatan probiotik untuk kecantikan dalaman terutamanya kepada pelanggan wanita kami. Yobick adalah produk warisan Jepun dan kami ingin berkongsi kebaikan dan kualiti minuman yogurt Yobick kami kepada pasaran Malaysia.” 

Untuk menyertai peraduan “Kongsi-Kongsi Bersama Yobick dan Vida”, peserta perlu membeli produk Yobick atau Vida di mana-mana cawangan 7-11 di seluruh negara, ambil foto bersama produk Yobick atau Vida dengan rakan atau keluarga dalam cara yang kreatif dan menarik. Seterusnya, muat naik foto kreatif ke akaun Instagram peribadi mereka dengan ‘hashtag’ #sharingyobickvida dan ‘mention’@yobickmalaysia @vidamalaysia didalam kapsyen. Akaun Instagram mereka mesti ditetapkan kepada public’. Dua Puluh (20) pemenang mingguan akan dipilih untuk memenangi RM228 tunai setiap minggu untuk 8 minggu tempoh promosi peraduan. Selain pemenang mingguan, terdapat juga hadiah bagi pemenang mingguan khas dimana ‘posting’ dengan jumlah ‘like’ yang paling banyak akan memenangi wang tunai sebanyak RM388. Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat peraduan, sila log masuk ke laman Facebook Yobick atau Vida di www.facebook.com/yobickyogurt atau www.facebook.com/vidamalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!