101658

Emma Stone Dan Dave McCary Akhirnya Berkahwin Selepas Tiga Tahun Menjalinkan Cinta - Suria FM - Segalanya Hiburan

SELEPAS sembilan bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Emma Stone akhirnya sah bergelar isteri kepada penulis Dave McCary namun pasangan itu memilih untuk tidak mendedahkan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

Memetik laporan People, mereka mengesahkan berita gembira itu selepas dua minggu apabila foto Emma memakai cincin yang sepadan dengan Dave ketika meluangkan masa bersama di Los Angeles pada 11 September lalu menjadi tular.

Pada 4 Disember tahun lalu, Dave menerusi Instagram miliknya berkongsi foto Emma memakai cincin pertunangan mereka sekaligus mengesahkan mereka bakal mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, pasangan itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu namun terpaksa ditangguh berikutan pandemik wabak Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk bertunang selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober 2017.

Kredit gambar dan artikel mStardan People

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!