
/wp-content/uploads/2017/11/23005351/Bunkface-1024x576.jpg)
Tahniah buat Bunkface dan Yuna kerana tercalon dalam kategori Best Southeast Asia Act di ‘gelanggang’ MTV EMA 2016 dan sekali gus berjaya membuktikan bahawa artis Malaysia juga mampu berdiri sebaris dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa yang lain.
Sebelum berlepas ke Amsterdam pada pukul 2.05 pagi tadi, krew SURIAfm sempat menemubual Bunkface tentang perasaan mereka sebaik sahaja mengetahui tentang pencalonan di MTV EMA 2016 yang akan berlangsung pada 6 November 2016.
Menurut Sam, dia menganggap bahawa pencalonan ini seperti peluang untuk mereka melebarkan empayar ke tahap yang lebih tinggi selepas 10 tahun bertapak dalam industri hiburan tanah air.
“Kami sangat berbangga dan ini merupakan peluang dan seperti pembukaan empayar baru bagi Bunkface selepas 10 tahun. We are very excited“, ujar Sam Bunkface atau nama sebenar Sam Baharom.
Jelas Sam lagi, jika pada malam itu rezeki tidak memihak kepada Bunkface untuk merangkul trofi dalam kategori Best Southeast Asia Act tetapi beliau sudah cukup berbangga dengan pencapaian kumpulannya sehingga tercalon dalam Top 5.
“Of course kita nak menang kalau ada rezeki, why not? Tetapi being there nominated pun sebenarnya sudah cukup bermakna bagi kami. Kami sudah menang disitu, di hati peminat kami”, tambah Sam.
Bagi Youk dan Paan pula, mereka hanya dapat mengharapkan yang terbaik pada malam itu kerana membawa nama Malaysia di mata dunia merupakan tanggungjawab yang besar dan mereka juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi yang telah menggundi sehingga membawa nama Bunkface ‘terbang’ ke MTV EMA 2016!
Adakah Bunkface atau Yuna berjaya membawa pulang trofi kategori Best Southeast Asia Act ke Malaysia? Semuanya bakal terjawab pada 6 November 2016! Sama-sama kita nantikan!