88458

Erra Fazira Muatnaik Gambar Bersama Shahir & Aleesya Di Instagram - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sesuatu yang jarang sekali kita dapat lihat apabila primadona filem negara, Erra fazira memuatnaik gambarnya bersama dengan teman tapi mesra iaitu Shahir bersama-sama anaknya Engku Aleesya.

Terbaru Erra telah memuatnaik gambarnya bersama Shahir dan Aleesya sewaktu mereka sedang beriadah bersama teman-teman hujung minggu lalu.

Gambar itu telah mendapat perhatian netizen yang seakan ‘terkejut’ melihat kelibat Shahir di dalam gambar itu.

Ada juga netizen yang mempersoalkan kewujudan Shahir di dalam gambar yang dimuatnaik Erra itu.

Namun ada juga yang mendoakan semoga mereka berdua bertemu jodoh dalam waktu yang terdekat.

 

Sebelum ini tular video Tik-Tok Erra bersama Shahir dan Aleesya di media sosial. Namun Erra telah memadamkan video Tik-Tok itu.

Aduh netizen ni, biarlah Erra nak muatnaik gambar beliau dengan sesiapa pun. Yang penting Erra mengamalkan cara hidup yang sihat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!