72565

Erwin Dawson dan Hanna Aqeela Tak Sabar Tunggu Reaksi Peminat Terhadap Dubai My Love - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-08-28-at-12-01-15-pm

Bakal menemui peminat filem tempatan Oktober ini, Dubai My Love merupakan sebuah lagi kisah cinta yang dibawa ke layar perak untuk tatapan peminat seluruh Malaysia.

whatsapp-image-2017-08-28-at-12-00-08-pm

Dibintangi Erwin Dawson, Puteri Najuwa dan juga Hanna Aqeela, filem ini seperti namanya telah menjalani proses penggambaran di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

whatsapp-image-2017-08-28-at-11-35-06-am-2

Untuk mempromosikan filem ini, para pelakon utamanya Erwin Dawson dan juga Hanna Aqeela telah menghadiri satu sesi bertemu peminat di ARL Power Bowl.

whatsapp-image-2017-08-28-at-11-35-06-am-4

Sepanjang sesi tersebut kedua-dua pelakon telah meluangkan masa bermain boling bersama beberapa peminat terpilih selain wakil media yang datang.

whatsapp-image-2017-08-28-at-11-35-06-am-3

Pelakon lelaki utamanya Erwin Dawson memberitahu dia sangat teruja dapat turut serta bermain boling bersama peminat kerana sudah lama tidak bermain sukan tersebut.

whatsapp-image-2017-08-28-at-11-35-06-am-5

Bagi Hanna Aqeela pula, dia memberitahu dia teruja dapat bermain boling kerana kali terakhir dia bermain adalah di zaman sekolahnya dulu. Selain itu, dia juga tidak sabar menantikan reaksi peminat terhadap filem Dubai My Love.

whatsapp-image-2017-08-28-at-12-00-19-pm

“Filem ni sangat cantik sebab penggambarannya di luar negara. Jadi ada banyak lokasi-lokasi menarik yang kami tampilkan sepanjang cerita. Dan saya yakin ramai yang ingin mengetahui kesudahan cerita ini,” jelas Hanna tentang filem tersebut.

whatsapp-image-2017-08-28-at-11-35-06-am

Acara kelolaan Tsar Asia itu merupakan sebuah inisiatif berjaya untuk mendekatkan para selebriti dengan peminat.

whatsapp-image-2017-08-28-at-11-35-06-am-1

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!