85531

Estranged Membawa Sinar ke Kampung di Borneo - Suria FM - Segalanya Hiburan

img-20180322-wa0022

Kumpulan Rock popular Estranged, baru-baru ini membawa sedikit kebahagiaan buat 30 buah rumah di  Kampung Koiyep, di Ranau, Sabah.

Kumpulan yang terdiri daripada penyanyi dan penulis lirik Rich Gimbang serta pemain gitar Nor “Enha”
Hanafi dan Din Hormatov bersama 30 sukarelawan telah ke Kampung Koiyep minggu lalu untuk memasang mesin hidro mikro dan membantu menyambungkan kabel daripada jenerator dengan rumah-rumah kampung.

Kampung tersebut mula mempunyai bekalan elektrik melalui jenerator diesel yang disediakan oleh sebuah syarikat pembalakan tidak lama dulu. Tetapi selepas syarikat pembalakan itu berhenti beroperasi, jenerator tersebut telah diambil dan mereka terpaksa bergantung kepada panel-panel suria yang sayangnya tidak mampu tahan lama dan akhirnya rosak.

img-20180323-wa0047

Beberapa penduduk terpaksa mengumpul wang untuk membeli sebuah jenerator baru tetapi itu telah menambahkan beban mereka dan mengurangkan wang untuk perbelanjaan minyak.

Kumpulan Estrange yang mendengar tentang masalah ini daripada badan bukan kerajaan Lightup Borneo mengambil keputusan untuk menderma sebahagian daripada royalti mereka demi mendapatkan  bahan-bahan untuk membawa 5kw elektrik janaan hidro kepada kampung tersebut dan kerja pemasangan akhirnya selesai pada bulan Mac ini.

img-20180323-wa0042

Dan untuk menyambut hari pertama penggunaan lampu daripada bekalan elektrik yang disediakan oleh penjanakuasa mikro hidro itu mereka bertiga telah membuat persembahan khas buat penduduk kampung pada Khamis lalu 22 Mac.

Ini juga secara tidak langsung menjadi konsert pertama di Malaysia yang dijanakan oleh kuasa hidro mikro dan juga persembahan pertama Estranged bersempena dengan siri konsert jelajah mereka di Borneo untuk 43 buah bandar dan kampung di Sabah dan Sarawak!

img_20180324_200225_098

Tahniah Suria ucapkan kepada kumpulan Estranged atas usaha murni ini dan semoga jasa baik mereka diberi balasan yang setimpal!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!