72654

Eyka Farhana Buat Laporan Polis - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon, Eyka Farhana yang minggu lepas panas gara-gara video lucah yang dikatakan mirip wajahnya tersebar di media sosial.

Lebih menyedihkan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa Eyka adalah wanita di dalam video berkenaan.

Eyka telah pun memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang andai perkara ini terus berlanjutan.

Semalam, menerusi akaun Instagram milik Eyka, dia telah memuat naik gambar dirinya bersama laporan polis.

screen-shot-2017-10-03-at-11-15-36-am

Dalam kapsyennya, Eyka meluahkan rasa kesal kerana ada netizen yang menghantar mesej mengatakan mempunyai bukti bahawa wanita di dalam video berkenaan adalah Eyka.

Kata Eyka lagi, dia tidak pernah main-main dengan perkara yang melibatkan maruah. Bagi dirinya, maruah keluarga adalah perkara yang dijunjung.

Eyka turut berharap orang yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk ini menerima hukuman sewajarnya.

Sabarlah Eyka, Suria harap pihak berkuasa dapat menyelesaikan perkara ini dengan segera dn semoga pesalah itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!