91569

Eyra Hazali & Haziq Nadzli Bertunang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon popular Eyra Hazali, 19, telah mengikat tali pertunangan bersama penjaga gol pasukan bawah 22 tahun negara Haziq Nadzli, 20.

Pasangan muda itu telah melangsungkan majlis pertunangan mereka pada hari 1 Disember 2018.

Kedua dua mereka telah memuatnaik gambar masing-masing di Instagram di mana masing-masing yang berpakaian baju berwarna biru muda sambil menayangkan cincin di jari masing-masing.

Eyra yang sudah berkecimpung dalam bidang lakonan lebih dari 10 tahun mula melonjak popular selepas drama Mr Grey lakonannya bersama Fendy Bakry menjadi fenomena.

Siapa sangka disaat namanya sedang menjadi sebutan, Eyra mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan biarpun baru berusia 19 tahun.

Apa-apa pun tahniah SURIA ucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini. Semoga segala urusan persiapan untuk ke majlis ijabkabul berjalan dengan lancar.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!