72708

Ezlynn Sah Cerai Talak 1 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas pelbagai kemelut yang melanda dalam rumahtangga, akhirnya penyanyi yang popular dengan lagu Hye Hye Bye Bye sah bercerai talak satu hari ini.

Ezlynn mengumumkan berita penceraiaannya di laman Instagram miliknya tengah hari tadi.

screen-shot-2017-10-23-at-5-52-53-pm

Setelah beberapa kali Ezlynn mohon untuk diceraikan akhirnya talak itu jatuh jua.

Ezlynn yang bernikah 6 tahun lalu denagn bekas suami yang juga pengurusnya Adam Fahmy berkata, sepanjang tempoh perkahwinan itu, hanya 2 tahun sahaja dirinya mengecapi saat bahagia. Selebihnya Ezlynn terpaksa mengharungi ranjau yang penuh berliku.

ezlynn-2

Adam melafazkan cerai terhadap Ezlynn dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah di ibu kota pada jam 10.30 pagi.

Sebelum ini, akhbar tempatan banyak melaporkan tentang pergelutan rumahtangga mereka dimana Adam tidak mahu melepaskan Ezlynn biarpun mereka sudah tinggal sebumbung.

Suria doakan semoga masing-masing dapat mencari ketenangan dalam hidup biarpun sudah berpisah. Kepada Ezlynn teruskan kehidupan dengan penuh semangat dan terus mewarnai dunia hiburan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!