84888

Fafau, FBI, Krill & Kieran Bakal Ke SURIA FM - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bekas penyampai radio popular tanah air Fara Fauzana (Fafau) dan Faizal Ismail (FBI), Khairil Rashid (Krill) dan Kieran bakal ke Suria FM.

Mereka semua akan ke konti SURIA sebagai tetamu jemputan sempena dengan hari radio sedunia.

Sempena Hari Radio Sedunia yang akan disambut pada 13 Februari ini, stesen radio Suria FM akan menjemput bekas-bekas penyampai radio untuk berkongsi pengalaman serta suka dan duka sepanjang mereka berkecimpung dalam industri penyiaran radio.

Sepanjang seminggu ini pendengar bakal mendengar suara-suara yang biasa kedengaran suatu ketika dahulu seperti David Low, Fara Fauzana, Faizal Ismail, Kieran, Khairil Rashid ke udara di segmen Suria Pagi dan juga di segmen Suria Petang.

Bukan itu sahaja, senior dalam bidang radio seperti Sazali Said, pembaca berita di radio, Chuari Selamat, bekas penerbit program dan penyampai radio di sebuah radio awam dan pelakon versatil Fauziah Nawi turut dijemput ke konti Suria untuk berkongsi pengalaman mereka.

“Bidang penyiaran radio bukanlah semudah yang disangka. Berbekalkan pengalaman mereka yang lebih daripada 10 tahun dalam bidang ini, kami percaya banyak warna-warni dunia penyiaran radio yang dapat dikongsikan dengan peminat di luar sana. Dan tentunya peminat juga akan sama teruja untuk mendengar kombinasi penyampai lama dan baru dalam satu konti yang sama ke udara nanti.” kata Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin), Pengurus Program Suria.

Malah, pada 13 Februari itu akan datang, Suria akan membuat siaran langsung luar di Petronas NKVE Damansara bermula pada jam 7 pagi hingga 10 pagi. 100 pendengar terawal yang hadir akan berpeluang bertemu penyampai-penyampai Suria seperti DJ Lin, Zulin Aziz, Fizi Ali, Brian, Bob Ringgo, Tyzo dan Suraya serta sarapan percuma dan barangan eksklusif Suria.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFM Malaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!