72838

Faizal Hussein Tak Pernah Tambah Nasi Lebih dari Sepinggan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon handalan Malaysia, Faizal Hussein masih lagi diberi kepercayaan oleh pengarah dan penerbit filem untuk menjadi hero dalam filem mereka biarpun sudah mencecah umur 50 tahun.

Terbaru beliau bakal muncul dengan filem KL Wangan arahan Pekin Ibrahim membawakan watak sebagai seorang pelumba kereta.

screen-shot-2017-12-08-at-3-47-41-pm

Biarpun sudah berusia 50 tahun, namun tenaga Faizal masih berbisa sama seperti ketika usianya 18 tahun. Hal ini diakui oleh Faizal sendiri.

“Setakat ini Alhamdulilah, segala pergerakan atau aksi yang abang boleh buat sewaktu abang berusia 18 tahun dulu abang masih boleh buat hari ini”, jelasnya.

Kata Faizal dia seorang yang jarang bersenam. Namun gaya hidupnya yang sukakan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal dan bermain ‘paintball’ membantunya menjaga stamina.

screen-shot-2017-12-08-at-3-46-51-pm

Dari segi pemakanan pula kata Faizal beliau tidak pernah menambah nasi lebih dari sepinggan.

“Seumur hidup abang, abang memang tidak pernah tambah nasi. Itu memang ‘habit’ abang. Kalau lauk tu betul-betul sedap pun abang cuba tahan. Sebab tu orang lain semua tak boleh dapat badan macam abang”, katanya dalam nada bergurau.

Wah patut lah ‘maintain’ slim jer abang Faizal kita ni. Nampaknya lepas ni SURIA pun nak kena ikut tips abang Faizal ni lah! Baru la slim melim!

Kredit foto : GLAM Lelaki

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!