87775

Faizal Ismail Tak Sokong Tindakan Muatnaik Video Isteri Bersalin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam Datuk Seri Aliff Syukri telah memuatnaik video detik-detik kelahiran anak keempatnya.

Video itu telah menjadi tular kerana tindakan beliau memuatnaik saat-saat isterinya sedang bertarung nyawa melahirkan anak secara normal.

Ada yang suka dan ada juga yang mengkritik tindakan jutawan kosmetik itu termasuklah bekas penyampai radio popular Faizal Ismail.

Dalam status yang dimuatnaik Faizal di Instagram, beliau meluahkan pendapat tentang tindakan memuatnaik video isteri bersalin. Faizal berkata beliau tidak setuju dengan tindakan itu kerana merasakan detik seperti itu adalah sangat peribadi untuk dipertontonkan kepada umum disaat seorang isteri sedang bersabung nyawa.

Biarpun tidak menyebut mana-mana nama, namun semua sedia maklum bahawa status itu ditujukan kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

 

Kenyataan Faizal itu turut disokong oleh beberapa rakan selebriti seperti Rozita Che wan, Azad Jasmin, Eira Syazira dan beberapa lagi.

Apa-apa pun SURIA percaya Datuk Seri Aliff Syukri pasti ada alasan yang tersendiri kenapa beliau berbuat demikian dan pastinya isterinya sendiri Datin Seri Shahida sedar akan perkara itu.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!