72384

Faizal Tahir Tidak Lupakan Golongan Gelandangan dan Kurang Bernasib Baik - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-06-23-at-11-55-10-am-1

Universiti Teknologi MARA Cawangan (UiTM) Melaka baru-baru ini telah meneruskan inisiatif sukarelawan Suspended Meal dengan kerjasama pergerakan Faithmen, kelolaan Faizal Tahir untuk melaksanakan projek khidmat sosial pemberian makanan percuma kepada lebih 150 golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan sempena Ramadan 1438H.

Bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, seawal jam 4.00 petang sukarelawan Suspended Meal yang terdiri dari kalangan alumni Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Melaka dan beberapa ahli Faithmen telah menguruskan makanan dan minuman percuma untuk diberikan kepada sasaran gelandangan untuk juadah berbuka puasa dan moreh. Kesemua makanan itu diletakkan label #SuspendedMeal dan #iamFaithmen dan sasaran gelandangan waktu itu dapat mengambil makanan dan minuman itu secara percuma. Faizal Tahir turut memberi sumbangan khas Ramadan kepada kesemua gelandangan di situ abgi pihak pergerakan Faithmen.

whatsapp-image-2017-06-23-at-11-42-02-am

Usaha ini telah disambut baik masyarakat yang bersama-sama meberi sumbangan dalam bentuk wang tunai, sumbangan makanan dan minuman. Sebanyak 200 juadah berbuka, keperluan makanan lain serta duit raya diberikan pada program ini.

Menurut Pengasas Projek Suspended Meal UiTM Cawangan Melaka, Shafezah Abdul Wahab, program sebegini sememangnya nampak kecil namun sangat memberi manfaat kepada masyarakat.

whatsapp-image-2017-06-23-at-12-00-30-pm

“Kami bermula dengan pemberian makanan percuma di kampus dengan hanya 5 orang sukarelawan sejak setahun yang lalu. Alhamdulillah, penerimaan baik warga kampus dan masyarakat yang prihatin akan usaha ini membolehkan kami meneruskan inisiatif ini sehingga sekarang. Kami berhasrat untuk meneruskan dan mengembangkan aktiviti amal seperti ini di bukan sahaja di dalam kampus malah untuk masyarakat luar juga boleh mendapat kebaikan daripada usaha ini pada masa-masa akan datang,” jelas Shafezah.

whatsapp-image-2017-06-23-at-11-55-10-am

Pada masa sama, Suspended Meal amat mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam berkongsi kebaikan untuk memberi sumbangan kewangan ataupun makanan boleh berhubung terus dengan Shafezah Abdul Wahab melalui talian 019 – 6013085 atau melayari laman Twitter SuspendedMeal UiTMlk : @SuspendedMeal dan Instagram : suspendedmeal

Untuk lebih banyak berita hiburan dan info sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!