71975

Faizul AF2013 Tegur Fattah Amin Supaya Siapkan Diri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dan komposer iaitu Faizul Sany tampil dengan pengakuan bahawa beliau ada membuat teguran terbuka kepada individu yang mahu masuk ke dalam bidang nyanyian supaya mereka dapat menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan dengan industri hiburan.

89010602895145411232f5a7fafabc99

Menurutnya, teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada pelakon Fattah Amin dan beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.

“Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain. Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak. Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik.”

Apa yang difahamkan, sebelum ini Faizul telah bertindak menyindir nyanyian Fattah Amin di akaun Twitter miliknya selepas Fattah muncul dengan single pertama berjudul Wanita Terakhir.

screen-shot-2017-01-30-at-8-43-05-pmWalau bagaimanapun, Faizul menegaskan bahawa beliau tiada niat untuk menjatuhkan kerjaya nyanyian Fattah yang baru ingin bermula cuma beliau hanya ingin mengajak masyarakat berfikir bahawa bukan mudah untuk bekerja dalam industri.

“Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca. Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.”

Tiada salahnya jika kita beri peluang kepada mereka yang ingin mencuba benda baru. Yela, hidup hanya sekali kan? Walau apapun, diharap agar Fattah mengambil segala kritikan secara positif.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!