Pelakon sensasi Fasha Sandha baru-baru ini telah membawa ‘teman lelakinya’ ke majlis resepsi aktres Umi Nazeera.

Sebelum ini gosip bertiup kencang bahawa mereka sedang bercinta. Namun Fasha masih tidak berani meletakkan sebarang status untuk hubungan ini.

Memetik artikel yang pernah ditulis Suria terdahulu, kata Fasha beliau lebih selesa berkawan dengan jejaka berkenaan.

screen-shot-2017-08-07-at-11-43-01-am

Kehadiran Fasha dan ‘temannya’ itu memang menjadi perhatian mana tidaknya, ramai yang menantikan siapakah gerangan jejaka yang berjaya mendampingi dirinya.

Fasha juga sudah mula selesa memuatnaik gambar mereka berdua di media sosial. Nampak sepadan pula mereka berdua.

Suria doakan semoga hubungan mereka berhujung dengan khabar gembira.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!