72072

Fasha Sandha Bongkar Cerita Sebenar Tentang Bekas Suami Yang Ramai Tidak Tahu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon wanita yang kini boleh dikatakan seperti ‘pisang goreng panas’ iaitu Fasha Sandha sering kali menjadi sasaran pengarah drama mahupun filem selepas beliau berpisah dengan bekas suaminya, Jejai.

Walaupun hidupnya kini sebagai ibu tunggal tetapi ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki demi kedua-dua anaknya.

Baru-baru ini Fasha Sandha ada memuat naik gambar beserta kapsyen di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan seakan-akan ada seseorang yang ingin kembali untuk mendapatkan cinta Fasha Sandha.

Bismillahirahmanirahim. Bila kita diatas; selalunya nasib lebih memihak kepada kita. Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak.. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan. . Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. . . Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia.Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘HASUTAN’ orang yang lama. Apapun, Takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas ‘SEBAB2 TERTENTU’ Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya.. . Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2 ; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI Selepas tidak bersama; Kalau nak dihitung, dah dekat beribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice notes yang telah saya rakam; saya akan gunakan demi membela diri saya; demi MARUAH saya. Belajar menghormati privasi saya . . Please Get well soon, to u and family; Akan ku buka satu demi satu. Biar semua orang tau…kisah sebenar. Demi membela diri. . Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. . Agar mereka sedar siapa yang GILA #akudahmoveonkaucariPASAL #semogaINSAF #semogakeluargakausedarKAUGILA #akankubukasatupersatu #biladahgelabahkauSAMANsanasini #akuadabukti #akubaikkaupijakkepala #kaumasihlagigila #dramaseribuepisod

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Jika dibaca kapsyen yang ditulis olehnya, jelas sekali Fasha mendedakan cerita yang sudah lama disimpan dari pengetahuan orang ramai seperti kebencian yang diterima dari pihak keluarga sana terhadapanya.

Walaupun sudah beberapa kali cuba menjauhkan diri dari lelaki tersebut agar mereka tidak akan lagi bersama tetapi ia umpama tiada penyelesaian apabila lelaki itu sering menghubunginya.

Apa yang difahamkan, Fasha juga telah mengambil keputusan untuk membongkar satu per satu kisah yang tidak diketahui orang ramai demi agar beliau tidak lagi dicaci.

Kami di SURIAfm mendoakan agar Fasha Sandha terus tabah dan cekal dengan apa yang dilalui. Kadang-kadang orang hanya tahu menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.

👆

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Sumber : Instagram Fasha Sandha

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!