71987

Fasha Sandha Kongsi Sikap Lelaki Yang Sedang Rapat Dengannya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebaik sahaja hubungan rumah tangga pelakon wanita, Fasha Sandha dan bekas suaminya iaitu Jejai berakhir sekitar tahun 2016 yang lalu, kali ini nampaknya tuan empunya badan kini sudah mula membuka hati untuk menerima cinta baru.

ba4bab4915dbaaf892cc1fb7e911d680

Fasha mengakui bahawa beliau sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka yang berusia 30 tahun tetapi individu itu bukanlah kekasihnya seperti yang digempar gempurkan oleh sesetengah netizen.

“Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini. Apa yang boleh saya boleh katakan, dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang. Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih. 

“Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak. Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa”

Walau bagaimanapun, Fasha sempat berkongsi tentang sikap lelaki itu yang tidak suka mendesak telah membuatkan Fasha ingin membuka hatinya untuk menerima salam perkenalannya.

Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!