72335

Fasha Sandha Sudah Maafkan Penganjur Yang Menghalaunya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Satu Malaysia sudah tahu kontroversi yang melanda pelakon cantik lagi popular Fasha Sandha yang mendakwa dirinya dihalau di sebuah majlis pertunjukan fesyen beberapa minggu yang lalu.

Kes itu menjadi semakin panas apabila pelakon, Nora Danish telah memfailkan saman fitnah terhadap Fasha Sandha kerana telah menjejaskan perniagaannya.

Tidak mahu berdiam diri Fasha juga dalam satu kenyataan akhbar yang dimuatnaiknya di Instagram telah mengambil keputusan dikatakan mahu menyaman malu pihak penganjur majlis itu.

screen-shot-2017-06-05-at-11-10-40-am

Semalam menerusi program hiburan Melodi yang disiarkan di TV3, Fasha telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya sudah memaafkan pihak penganjur yang telah menghalaunya tempoh hari.

Jelas Fasha lagi, pihak penganjur telah berjumpa dengannya untuk membuat permohonan maaf dan beliau telahpun memaafkan pihak berkenaan.

“Penganjur itu telah memohon maaf kepada saya diatas perbuatanya dan dia juga telah membuat kenytaaan yang mengatakan dia yang bersalah. Buat masa sekarang I just take it easy”, jelasnya.

screen-shot-2017-06-05-at-11-12-49-am

Ditanya adakah Fasha akan memfailkan saman, katanya beliau boleh menyaman pihak yang berkenaan, tetapi dia tiada plan (perancangan) untuk melakukan itu.

“Saya ada banyak kerja lagi nak buat, saya banyak lagi komitmen”, ujarnya.

screen-shot-2017-06-05-at-11-16-27-am

Fasha juga meminta supaya penganjur berkenaan lebih berhati-hati di masa akan datang kerana apa yang mereka telah lakukan kepadanya adalah salah.

“Sekarang ini hanya Allah saja yang tahu sama ada kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur pada waktu itu adalah andaian mereka ataupun mendapat arahan.

Kalau benar ini hanyalah andaian dan rekaan cerita semata-mata, anda telah melakukan dosa besar kerana mencetuskan perkara ini hingga menjadi lebih teruk lagi.

Tapi apa pun saya dah maafkan dia kerana dia telah meminta maaf kepada saya”.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!