89146

Fathia Latiff Mahu Fokus Menyanyi, Tak Rindu Dunia Lakonan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon sensasi Fathia Latiff kini mahu lebih fokus kepada dunia nyanyian berbanding lakonan yang sudah sebati dengan dirinya.

Menurut Fathia, berlakon bukan lagi menjadi keutamaan buat dirinya sekarang malah tidak merindui untuk berlakon kembali.

Bakal muncul dengan ‘single’ terbaru pada 31 Ogos ini sempena dengan hari Kemerdekaan, Fathia mahu menumpukan sepenuhnya minatnya kepada dunia nyanyian.

“Ramai juga yang cakap mereka rindu nak tengok lakonan saya, cuma buat masa sekarang saya mahu berehat dari dunia lakonan dan tumpukan kepada perkara yang saya suka iaitu menyanyi”, jelasnya.

Biarpun ramai yang berkata bahawa nyanyian bukanlah kepakarannya kerana wajahnya sudah sinonim dengan lakonan, namun aktres jelita ini tidak mahu jadikan itu sebagai penghalang untuknya terus melakukan apa yang disukainya.

Bercakap mengenai lagu barunya, kata Fathia lagu itu dicipta sempena dengan sambutan hari kemerdekaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

“Lagu ini tentang kemerdekaan serta kemenangan Malaysia Baru sewaktu pilihan raya baru-baru ini. Ia tentang perpaduan. Selepas menang apa yang harus kita lakukan. Lagu ini turut memuatkan suara dari pelabagai bangsa” terangnya teruja.

Wah tak sabar rasanya SURIA nak dengar lagu terbaru dari Fathia Latiff. Semoga kerjaya nyanyian Fathia akan berjaya sama seperti kerjaya lakonannya.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!