72498

Fatin Afeefa & Adam Shahz Sah Cerai - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon yang pernah popular dengan filem dan drama kanak-kanak Tentang Bulan, Fatin Afeefa telah sah bercerai dengan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon Adam Shahz.

screen-shot-2017-08-04-at-11-20-27-am

screen-shot-2017-08-04-at-11-20-37-am

Adam yang pernah membintangi drama Juvana dan watak sebagai Ayam itu telah menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.

screen-shot-2017-08-04-at-11-26-33-am

screen-shot-2017-08-04-at-11-28-21-am

Menurut Adam, beliau menafikan penceraian mereka adalah disebabkan orang ketiga. Katanya penceraian itu berlaku disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan.

“Saya faham sebelum ini rumah tangga kami pernah bergolak gara-gara isu saya membalas mesej seorang wanita. Demi Allah, di pihak saya tiada orang ketiga”, katanya.

screen-shot-2017-08-04-at-11-30-21-am

Sementara itu Fatin turut memohon maaf kerana terpaksa berdolak dalik sebelum ini tentang status perkahwinan mereka. Katanya apa yang dilakukan itu atas dasar tidak mahu tertekan.

screen-shot-2017-08-04-at-11-33-58-am

“Penceraian ini mengajar saya supaya berhati-hati memilih kawan bagi memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu kita juga tidak tahu agenda di sebalik keikhlasan mereka berkawan dengan kita”, jelasnya.

screen-shot-2017-08-04-at-11-30-10-am
Pasangan ini pernah menggemparkan industri hiburan Malaysia apabila mengambil keputusan untuk berkahwin di usia yang sangat muda. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua chaya mata, Adam Aisy Arrian 4, dan Ivy Herra Sophia 2.

screen-shot-2017-08-04-at-11-34-28-am

Semoga pasangan ini terus berbaik demi kebahagian anak-anak dan jika ada jodoh kembali Suria sentiasa doakan yang terbaik.

screen-shot-2017-08-04-at-11-29-25-am

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!