72040

Fattah Amin Beritahu Sebab Mengapa Beliau Tidak Mahu Neelofa Menjadi Heroinnya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini ada desas-desus yang mengatakan Neelofa menarik diri dari membintangi filem arahan Michael Ang yang berjudul ‘Hero Seorang Cinderella’ adalah disebabkan Fattah Amin.

neelofa

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Neelofa terpaksa mengalah dan menarik diri apabila Fattah sendiri yang memberitahu beliau tidak mahu digandingkan lagi bersama Neelofa.

Kali ini, Fattah tampil dengan membuat pengakuan bahawa sememangnya beliau sudah tidak mahu dikaitkan dengan Neelofa dalam drama tersebut.

original

“Saya sudah berbincang perkara ini secara peribadi dengan Neelofa untuk menjelaskan sebab saya tidak mahu berlakon dengannya dan dia bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan itu juga dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi dengan peminat. Sepatutnya perkara ini tidak timbul dan berlarutan sehingga sekarang.”

Apa yang difahamkan, keputusan yang dibuat oleh Fattah bukan disebabkan isu lain tetapi hanya mahu menjaga hati keluarganya dan Neelofa sendiri.

135953dzl0my82l4syy80l

Bukan itu sahaja, Fattah juga berharap agar peminatnya dapat menghormati keputusan ini dengaan baik dan faham akan situasi yang sedang berlaku.

“Adalah lebih baik untuk kami tidak berlakon bersama-sama pada masa terdekat. Mana tahu kalau ada rezeki pada masa akan datang, mungkin kami akan bergandingan semula.”

Dalam masa yang sama, Fattah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro bukan sahaja diberikan peluang untuk berlakon dalam drama tersebut malah beliau juga dapat memilih heroin yang ingin digandingkan bersama beliau.

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!