86982

Fattah Amin Lancar Lagu Raya ‘Syawal Kali Ini’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Fattah Amin, pelakon dan penyanyi tanah air terkenal akhirnya mengeluarkan single raya terbaru hasil ciptaan bersama Aizat Amdan dan Mel Ramlan yang berjudul Syawal Kali Ini.

Apa yang istimewa adalah ‘Syawal Kali Ini’ adalah lagu raya sulung yang dinyanyikan oleh Fattah Amin dan merupakan hadiah eksklusif buat peminatnya yang selama ini menantikan lagu raya darinya.

Selain itu, jenama wangian terkenal Malaysia, AJ De’ Parfum sekali lagi bekerjasama bersama Fattah Amin dalam melancarkan pewangi kereta yang dihasilkan dalam 8 bauan yang berbeza dan dinspirasikan dari wangian badan.

 

Pewangi ini tidak mengandungi Diphenyl Methanol (DPM) yang bertindak sebagai
pemangkin bau wangian yang amat merbahaya kepada sistem pernafasan.

Sempena musim perayaan ini, AJ De Parfum telah mengeluarkan 3 bauan edisi raya dengan corak yang berbeza bagi menghidupkan suasana raya sepanjang perjalanan dengan menggunakan pewangi kereta tersebut.

Peminat-peminat Fattah Amin juga boleh membeli set pakej CD lagu raya Fattah Amin, juga pewangi kereta edisi raya dan dapatkan sampul duit raya secara percuma.

Menariknya, mereka yang hadir pada hari ini merupakan peminat pertama yang dapat mendengarkan lagu raya eksklusif dari Fattah Amin dan lagu ini masih belum ke udara di corong radio.

Sebahagian hasil daripada jualan CD dan juga pewangi kereta ini akan disalurkan kepada rumah kebajikan sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Turut dikongsi adalah Fattah Amin yang sebelum ini merupakan duta kepada AJ De’ Parfum, kini menjadi salah seorang daripada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Tawaran ini diterima oleh Fattah Amin sendiri selepas pengarahnya, Mohd Azrul Fauzi menawarkan peluang ini untuk bersama membangunkan
dan mengembangkan perniagaan tersebut.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!