71973

Fattah Amin Luah Perasaan Apabila Nyanyiannya Dikritik - Suria FM - Segalanya Hiburan

Gara-gara nyanyiannya dikritik, pelakon Fattah Amin telah tampil bagi memberitahu bahawa beliau menganggap segala kritikan yang dilemparkan tidak akan menjadi penghalang buatnya untuk meneruskan karier dalam bidang nyanyian. 

komen-1komen-2

Bukan itu sahaja, beliau juga tidak berasa kecewa dengan kritikan itu kerana baginya ia adalah perkara biasa dalam dunia hiburan.

“Jika saya seorang yang jenis mudah terasa hati jika dikritik mungkin dari dahulu lagi saya sudah tinggalkan bidang seni. Pada saya orang boleh kata apa sahaja mereka mahukan kerana bukan semua suka dengan apa yang saya lakukan. Ini tentang citarasa masing-masing dan sebagai penyanyi saya akan terus cuba memberikan terbaik.”

Menurutnya lagi, sebagai langkah bagi memantapkan lagi mutu nyanyiannya dia ada mengambil kelas vokal selain kerap berlatih sekiranya mempunyai waktu terluang.

“Tahun ini saya berazam untuk lebih menguatkan jenama yang ada pada diri saya kerana tidak mahu dipandang kerana populariti semata-mata. Atas dasar itu juga saya masuk kelas vokal dan cari peluang untuk berlatih kerana ingin memperbaiki diri. Peluang yang ada dihadapan mata tidak akan saya sia-siakan dan mahu buktikan diri tentang kekuatan yang ada pada saya.”

Bagi untuk mendapatkan sesuatu keinginan, kita sememangnya harus berusaha. Tidak salah jika anda memberikan peluang untuk Fattah menonjolkan bakatnya. Bukankah setiap manusia berpeluang mendapat peluang untuk mereka berjaya?

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!