90423

Fattah Amin Pertahan Trofi ABPBH Biarpun Kelab Peminat Dibubarkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon lelaki popular Fattah Amin telah berjaya mempertahankan trofi Pelakon TV Lelaki Popular untuk tahun kedua berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 Ahad lalu.

Biarpun kelab peminat Fattah Amin telah pun dibubarkan, namun perkara itu tidak menghalang Fattah dari merangkul dua trofi di ABPBH31 termasuklah anugerah Gandingan Serasi Drama yang dimenangi bersama isterinya Nur Fazura.

Lebih manis apabila Nur Fazura turut memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular. Gandingan mereka berdua di dalam drama popular Hero Seorang Cinderella benar-benar memberi impak yang besar kepada kerjaya mereka berdua sehinggalah mereka berdua bergelar suami isteri.

“Walaupun kelab peminat Fattah bubar, tapi ini membuktikan bahawasanya walaupun mereka tiada, lebih banyak lagi orang-orang yang ikhlas dan juga menyokong Fattah tanpa syarat. Itu telah membuktikan seikhlas hati Fattah selama ini dalam menghargai peminat-peminat.

Walaupun ada 10 yang pergi, tapi ada 10 ribu lagi yang datang. Itu memang saya nak puji suami saya kerana di atas kesabaran dan ketabahan serta keikhlasan dia, Alhamdulillah lebih ramai lagi yang menyokong dan menyayanginya seikhlas hati“, jelas Nur Fazura sewaktu ditemui di sidang media.

Fattah turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sokongan peminat yang masih memberikan kepercayaan kepadanya untuk membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular.

Pada mulanya saya menjangkakan anugerah ini akan dimenangi oleh Syafiq Kyle kerana tahun ini dia sangat menyerlah. Tapi Allah dan tulis rezeki saya pada alam ini. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak produksi, stesen televisyen yang masih mengambil saya¬† menjadi pelakon TV, dan sudah tentu kepada peminat-peminat yang mengundi sehingga saya menang pada ABPBH kali ini“, kongsi Fattah.

Dalam perkembangan lain, Fattah bakal muncul dengan single terbaru yang berjudul Isterimewa yang telah mendapat pujian ramai selepas beliau memuatnaik versi akustik di Instagram.

Tahniah SURIA ucapkan kepada pasangan Fattzura kerana telah berjaya memenangi kategori Pelakon TV Lelaki & Wanita Popular serta Gandingan Serasi Drama.

 

Sumber Foto : Paradigma Studio

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!