71869

Fattah Amin Tampil Beri Kenyataan Tentang Hubungannya Dengan Neelofa - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini SURIAfm ada kongsikan cerita tentang keretakan hubungan pelakon, Fattah Amin dan Neelofa yang katanya berpunca dari kehadiran orang ketiga yang dikenali sebagai Tania Hudson yang juga seorang pelakon.

Semalam Neelofa dan Tania sudah pun memberi penjelasan tentang isu ini dan kali ini tiba giliran Fattah Amin pula yang memberikan penjelasan supaya netizen tahu tentang situasi sebenar.

neelofa-dan-fattah-amin-bercinta

Menurut Fattah, kontroversi yang melibatkan isu cintanya kali ini merupakan satu ujian dan secara tak langsung mengujinya menjadikan dia seorang individu yang hebat.

Ia juga dikuatkan lagi dengan kenyataan bahawa setiap selebriti akan melalui fasa ujian yang berbeza dan ketika ini ujian hebat itu dilalui olehnya.

“Pada pandangan saya setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan setiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji. Apa-apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya mohon semua peminat terus doakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.”

Apabila diajukan soalan tentang kenyataan yang dikeluarkan dari mulut Neelofa sendiri, Fattah hanya mampu berkata yang dia enggan untuk mengulas panjang bagi mengelakkan kontroversi berterusan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada media yang menyokong saya selama ini. Berkenaan komen balas kenyataan Neelofa itu saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.”

Ketiga-tiga pihak sudah pun tampil menceritakan apa yang sebenarnya terjadi. Tetapi rasanya netizen masih tidak akan puas hati kerana kenyataan dari Fattah seakan-akan tidak menjawab keseluruhan cerita. 

Apa-apa pun diharapkan hal ini tidak berpanjangan. Kalau sudah jodoh, tak akan ke mana. Sama-sama kita doakan untuk kebahagian mereka.

Penulis : Fara Ismail | Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!