91479

Fattzura Rai Ulangtahun Pertama Bersama Peminat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan popular sama cantik sama padan iaitu Nur Fazura dan Fattah Amin ataupun lebih mesra dengan panggilan Fattzura meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama semalam bersama peminat.

Fazura dan Fattah diijabkabulkan pada 27 November 2017 di sebuah hotel dalam acara penuh privasi yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan karib sahaja.

Semalam ahli kelab peminat mereka yang diberi nama Fazbulous Worriors telah menganjurkan sebuah majlis sempena meraikan cinta pasangan kesayangan mereka itu.

Dari video serta gambar yang dimuatnaik di media sosial, kelihatan majlis yang diacarakan oleh Viviana itu sungguh meriah dan romantis.

SURIA puji sikap Fazura dan Fattah yang sangat menghargai peminat-peminat mereka. malah sewaktu majlis resepsi pasangan ini, pemiant-peminat mereka juga yang bertungkus lumus dalam majlis resepsi yang dianjurkan khas untuk peminat itu.

Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama SURIA ucapkan kepada pasangan bahagia ini. Semoga cinta kalian mekar mewangi sehingga ke Jannah dan dikurniakan zuriat yang comel-comel belaka.

 

Kredit Foto : Chateau De Fattzura

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!