71816

Faye Kusairi Bakal Mengambil Tindakan Terhadap 2 Akaun Palsu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pelakon cantik, Faye Kusairi umpama tidak akan padam dari terus dicemuh oleh netizen gara-gara insiden yang melibtkan dia, Elly Mazlein dan bekas suami Elly iaitu Azmi Hatta.

Disebabkan isu itu, Faye Kusairi menerima pelbagai akaun palsu yang menyamar sepertinya dan tidak kurang juga akaun yang dibuat atas dasar untuk memburuk-burukkan Faye dan cuba merosakkan hubungannya dengan Azmi Hatta.

fayekusairi12-jpgFaye bakal mengambil tindakan terhadap individu itu dan dia juga sudah mengetahui tentang akaun palsu yang menggunakan nama @kakimemekak dengan meletakkan info negatif. 

“Saya sedar tentang wujudnya laman sosial tersebut, mereka juga sebarkan berita tentang saya kononnya saya sudah putus dan Azmi ada perempuan lain serta macam-macam lagi fitnah. Foto-foto saya juga diambil dan dimuat naik dalam IG itu bertujuan tidak baik. Tapi nak buat macam mana kita tidak boleh halang orang untuk membenci kita.”

Sebelum ini kisah antara Faye, Elly dan Azmi Hatta mendapat liputan media yang meluas sehingga Faye menerima kritikan yang sangat hebat dari netizen yang menganggap Faye adalah punca kemusnahan rumah tangga Elly dan Azmi.

“Saya pernah buat laporan polis tentang akaun palsu @FayeKusairi_sy dan saya akan lakukannya untuk akaun ini jika ia keterlaluan. Sebenarnya bukan susah nak tahu siapa yang buat Instagram palsu begini, ada pihak yang boleh membantu kita menyelesaikan perkara ini. Saya tidak boleh buat apa kalau ada orang ingin jatuhkan maruah dan buka aib saya, saya hanya boleh mendoakan agar mereka diberi hidayah dan buat benda yang lebih bermanfaat.”

Boleh tahan teruk juga apa yang Faye Kusairi terima disebabkan insiden itu. Semoga Faye tabah ye berhadapan dengan segala cemuhan ini. 

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!