71918

Faye Kusairi Beri Kenyataan Tentang Wajahnya Yang Muncul Dalam Istikharah Azmi Hatta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahun 2016 merupakan tahun yang paling mencabar buat pelakon wanita, Faye Kusairi apabila namanya terpalit dengan kontroversi yang menjadi punca kehancuran rumah tangga Elly Mazlein dan Azmi Hatta. 

Kontroversi ini juga berjaya menarik perhatian media sehingga mendapat liputan meluas. Bukan itu sahaja, rata-rata peminat juga meluahkan rasa simpati terhadap Elly Mazlein yang ditinggalkan ketika beliau sedang hamil anak pertama.

Untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan, Azmi Hatta telah tampil dengan akuan bersumpah yang menampakkan seakan-akan apa yang telah terjadi semuanya salah Elly kerana bersikap cemburu dan memukulnya. 

maxresdefault

Apa yang paling mengejutkan, Azmi turut memberitahu bahawa wajah Faye telah muncul sebanyak empat kali ketika beliau melakukan solat istikharah.

faye-1

Sehingga ke hari ini, hubungan mereka berdua masih kuat walaupun pelbagai dugaan yang mendatang. Faye juga ada mengeluarkan kenyataannya apabila ditanya tentang wajahnya yang muncul dalam solat istikharah Azmi. 

“Sukar untuk saya menerima pada mulanya dengan kontroversi yang melanda. Saya melihat kalau dia tipu mungkin hubungan saya dengan dia akan renggang tetapi nampaknya hubungan kami macam baik.”

Beliau juga akui bahawa setiap dugaan yang melanda dirinya telah mengajarnya supaya sentiasa bersabar dan istiqamah.

“Bila memilih menjadi pelakon, saya sudah faham benda ini yang akan saya hadapi. Pastinya saya tidak mahu benda ini berlaku tetapi saya yakin pasti ada hikmahnya. Mungkin pada masa depan saya tahu cara untuk lebih mengawal kemarahan saya. Jadi istiqamah atau lebih bersabar.”

Kalau ada jodoh, tidak ke mana kan? Semoga hubungan mereka berkekalan hendak-NYA. Kita semua hanya mampu berdoa yang baik-baik sahaja. 

Sumber : The Malay Mail Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!