87529

Fazley Yaakob Kecewa Dengan Layanan Tandas ‘Premier’ Suria KLCC - Suria FM - Segalanya Hiburan

Macam-macam cerita yang kita dengar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Rata-rata semuanya berkongsi khabar gembira di kalangan ahli keluarga dan rakan taulan. Namun lain pula kisahnya dengan penyanyi dan pemenang Masterchef Celebrity Malaysia, Dato Fazley Yaakob.

Semalam, cef dan penghibur popular itu telah meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak pengurusan tandas ‘premier’ pusat membeli-belah Suria KLCC apabila penjaga tandas tersebut yang juga seorang wanita tidak membenarkan isterinya, Datin Azrene Ahmad untuk menggunakan tandas tersbeut bagi tujuan menukar lampin anak bongsunya yang sudahpun ‘bocor’.

Menurut apa yang ditulis oleh Fazley di laman Instagramnya, pengurus wanita yang menjaga pintu tandas dengan bongkaknya tak benarkan isterinya masuk, dengan alasan nanti tandas berbau busuk dengan ‘poopoo’ bayi mereka.

Malah wanita tersebut berkeras menyuruh mereka ke tandas percuma di tingkat dua.

Namun menurut Fazley, ia merupakan satu kes kecemasan kerana lampin anak bongsunya itu sudahpun ‘bocor’ dan ia lebih tidak menyenangkan jika para pengunjung terpaksa melihat keadaan tersebut dalam perjalanan ke tingkat dua. Tambahan pula, Fazley dan isterinya berjanji untuk membuang lampin kotor di dalam plastik yang telah mereka bawa sendiri sebelum membuangnya di tempat lain di luar nanti.

Dato Fazley juga sempat merakam video wajah penjaga tandas tersebut di laman Instagramnya.

Kami di Suria terkejut juga dengan kejadian ini dan sama-sama berasa simpati kepada semua ibubapa yang mungkin pernah mengalami situasi yang sama.

Biarpun wanita tersebut hanya menjalankan tugas namun kami harap pihak pengurusan Suria KLCC lebih bijak dalam mengendalikan kes-kes seperti ini di masa hadapan.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!