72101

Fazura bakal rakam lagu ciptaan Irfan dari kumpulan Samsons - Suria FM - Segalanya Hiburan

fazura

Sejak menandatangani kontrak pengurusan penuh di bawah Universal Music Malaysia baru-baru ini, nampaknya rezeki pelakon popular Nur Fazura kelihatan semakin murah dan beliau juga semakin sibuk dengan aktiviti hariannya.

Terbaru, bekas pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM-27 ini memberitahu yang dia akan ke Jakarta minggu hadapan untuk merakamkan dua buah lagu bersama dua orang pemuzik terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dhani dan juga Irfan dari kumpulan Samsons.

“Saya bertuah kerana akan berpeluang merakamkan lagu berjudul Cinta Langka ciptaan Irfan dari kumpulan Samsons yang satu ketika dahulu terkenal dengan lagu Kenangan Terindah,” ujar Fazura sambil tersenyum gembira.

Di samping itu, Fazura, Bunkface dan juga ThomasJack telah diumumkan sebagai XOX Friends yang merupakan selebriti pilihan untuk produk ONEMUSIC keluaran syarikat telekomunikasi XOX Mobile. Melalui kerjasama tersebut para peminat ketiga-tiga artis-artis di bawah naungan Universal Music Malaysia ini akan dapat pelbagai tawaran menarik di samping peluang beramah-mesra dengan artis pujaan mereka sekiranya membeli pek permulaan edisi ONEMUSIC keluaran XOX Mobile.

img_4686

Biarpun beberapa hari lalu dikritik dan dicerca beberapa netizens gara-gara komennya tentang pengharaman filem Beauty and The Beast di Malaysia, Fazura yang lebih mesra dengan panggilan Faz di kalangan teman-teman dan peminatnya sama sekali tidak menghiraukan komen-komen negatif yang dilemparkan ke arahnya. Malah Faz memberitahu SURIAfm yang dia mahu fokus pada kerjayanya dan terus menghormati pendapat orang lain.

“Semua orang ada pendapat masing-masing dan sebagai selebriti, saya sedar akan sentiasa ada pihak-pihak tertentu yang akan memberikan komen kurang menyenangkan. Namun begitu, itu hak masing-masing dan saya tidak boleh menghalangnya. Walau bagaimanapun apa yang penting buat saya adalah kerjaya saya sekarang,” jelas Fazura ketika ditemui di majlis pengumuman kerjasama di antara XOX Mobile dan Universal Music Malaysia.

Rentetan daripada komennya tentang filem itu, Faz menjelaskan bahawa ayat ‘iman senipis kulit bawang’ itu sebenarnya hanyalah dialog dari filem Manisnya Cinta di Cappadocia yang pernah membawa kemenangan buatnya di Festival Filem Malaysia (FFM) ke -27 dulu. Tambahnya lagi, dia akan tetap menonton filem tersebut di luar Malaysia kerana memang meminati filem itu dari zaman kanak-kanak lagi.

Selain itu untuk jenama House of Doll pula, Fazura sempat mengatakan yang butiknya akan mengeluarkan sembilan rekaan baju khas untuk sambutan Aidilfitri nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!