89952

Fazura Tanya Fattah : “Berapa Orang Teman Wanita yang Pernah Awak Ajak Keluar?” - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semua orang mengenali Fattah Amin dan Fazura sebagai pasangan pelakon popular yang juga berkecimpung dalam bidang nyanyian serta perniagaan.

Tapi pernahkah anda melihat mereka berperanan sebagai wartawan?

Baru-baru ini di sebuah sesi penggambaran bersama akhbar Star2.com mereka berdua telah diberi peluang untuk menjadi wartawan dan saling menemubual.

Selain adegan-adegan lucu yang berlaku sepanjang sesi ‘temubual’ tersebut, Fazura sempat bertanya kepada Fattah, “Berapa orang teman wanita yang pernah dia ajak keluar?”, dan Fattah menjawab dia tidak dapat mengira berapa orang.

Fattah juga sempat bertanya beberapa soalan lain kepada Fazura berkenaan jumlah beg tangannya dan berapa kali Fazura membeli-belah di atas talian.

Pasangan popular ini memang ‘sporting’ dan tidak ada masalah untuk berkongsi beberapa kisah ringkas mereka dalam ‘temubual’ tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang temubual itu, layari Star2.com di sini 

sumber : Star2.com

_________________________________________________________________________

 

*Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.

Jelajah Suria Dikecohkan Oleh Team Pagi Suria

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!