72640

Fazura Terima Kejutan Daripada Fattah Amin di Majlis Hari Jadi - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-09-27-at-7-01-09-pm-1

Jika sebelum ini pelakon popular Fattah Amin menerima kuntuman bunga daripada pasangan TVnya, Nur Fazura pada hari jadinya, kali ini Fazura menerima kejutan yang sama apabila dihadiahkan dengan 500 kuntum bunga Mawar putih dan merah jambu di sambutan hari jadinya yang ke-34.

whatsapp-image-2017-09-27-at-7-01-09-pm-2

Sambutan hari jadi Fazura diadakan bersama-sama dengan majlis pelancaran produk kecantikan serta kesihatan terbarunya yang bernama TruDolly di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

whatsapp-image-2017-09-27-at-7-01-09-pm

Fazura kelihatan sedikit terkejut kala mendapat tahu bunga-bunga tersebut dihadiahkan oleh Fattah. Malah kala ditanya apa perasaannya selepas menerima bunga-bunga tersebut, Fazura terdiam seketika kerana benar-benar terkejut.

whatsapp-image-2017-09-27-at-7-01-09-pm-3

“Saya gembira dan bersyukur atas pemberian ini. Dia (Fattah) seorang kawan yang baik. Saya tak tahu kenapa dia menghadiahkan bunga sebanyak ini, mungkin dia nak balas dendam?” seloroh Fazura sewaktu menerima kejutan.

whatsapp-image-2017-09-27-at-6-42-19-pm

Hari jadi pelakon jelita itu dihadiri oleh ahli keluarganya yang terdekat selain beberapa orang kawan rapat dan juga peminat-peminatnya yang bertuah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!