101272

Fedi Nuril Bimbang Bayi Lelaki Yang Baru Lahir Alami Gangguan Pernafasan - Suria FM - Segalanya Hiburan

PELAKON Indonesia Fedi Nuril melahirkan rasa syukur apabila isterinya iaitu Calysta Vanny Widyasasti selamat melahirkan bayi kedua mereka pada minggu lalu.

Bagaimanapun, Fedi berasa bimbang dengan keadaan bayi lelakinya yang mempunyai masalah gangguan penafasan sebaik saja dilahirkan.

“Hati ayah mula rasa bimbang sebab tak nampak kamu. Ayah pergi ke bilik bayi sebab nak tahu keadaan kamu. Jantung ayah terasa laju ketika melihat perut kamu bergerak naik turun dengan cepat sebab berusaha untuk bernafas.

“Kata doktor, tubuh kecil kamu perlu dipasang alat bantuan penafasan supaya tidak keletihan. Mungkin kamu terkejut… tiba-tiba dilahirkan ke dunia yang sedang kacau-bilau disebabkan Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Ayat-Ayat Cinta itu tidak menyatakan tarikh dan waktu kelahiran bayinya.

Dalam pada itu, Fedi memberitahu anaknya kini sudah dapat bernafas secara normal selepas doktor mencabutkan alat bantuan penafasan pada hari ketiga.

“Alhamdulillah, doktor dah cabut alat bantuan penafasan itu pada hari ketiga. Sekarang kamu dah boleh bernafas sendiri secara normal. Kamu pun boleh menyusu dengan ibu dengan baik,” ujarnya.

Fedi mendirikan rumah tangga dengan Calysta Vanny Widyasasti pada 2016 dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Hasan.

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!