87711

Fesyen Neelofa Sekali Lagi Jadi Perhatian Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika sebut tentang fesyen figura popular nan satu ini, memang tidak sah jika tidak mendapat perhatian netizen.

Terbaru fesyen Neelofa Sekali lagi menjadi tular dan mendapat perhatian netizen sehingga menjadi bualan hangat.

Fesyen turban yang digayakan Neelofa sewaktu menghadiri acara jenama kosmetik terkemuka wakilannya iaitu Lancome di Paris telah menjadi bualan netizen.

Kata netizen, turban yang digayakan Neelofa itu mirip gaya tuala yang dipakai selepas mandi. Ada juga yang menyamakan bentuk turban itu dengan kuih karipap dan croissant.

Aduh macam-macam idea netizen Malaysia ni untuk ‘membawang’ ya!

Tetapi tahukah anda bahawa turban yang sama turut pernah digayakan leh superstar terkenal dunia Beyonce.

Apa-apa pun tahniah SURIA ucapkan kepada Neelofa kerana katanya ini adalah kali pertama wakil Malaysia terlibat dengan acara seumpanya yang dianjurkan oleh Lancome.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber