72599

Fikry Ibrahim Nafi Berlagak Diva - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan pelawak yang sedang meningkat naik, Fikry Ibrahim menafikan dakwaan bahawa dirinya berlagak diva di set penggambaran.

Katanya Fikry tidak boleh berpanas sewaktu di lokasi penggambaran.

screen-shot-2017-09-12-at-12-18-09-pm

Menurut Fikry yang ditemui sewaktu sidang media program Super Spontan, beliau sendiri terkejut mendengar dirinya didakwa sebegitu.

“Saya tidak pernah berkelakuan seperti itu, mungkin interpretasi orang berbeza. Mungkin ada individu yang mahukan perhatian lebih dari saya sewaktu di set. Kadang-kadang kita rasa kita sudah menjaga hati semua orang tetapi masih ada yang tidak akan berpuas hati” katanya.

screen-shot-2017-09-12-at-12-18-50-pm

Kata Fikry lagi ini adalah kali pertama dirinya dilanda gosip sebegini sehingga menjadikannya banyak berfikir dan rasa tidak mahu keluar dari rumah.

Namun Fikry bersyukur, walaupun dilanda gosip tidak elok seperti ini, dia masih menerima pelbagai tawaran.

screen-shot-2017-09-12-at-12-19-24-pm

Dalam perkembangan lain, Fikry kini merupakan salah seorang peserta dalam program Super Spontan 2017 yang disiarkan setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!