72411

Filem Blok 404 Lebih Seram - Suria FM - Segalanya Hiburan

Telefilem seram Blok 404 yang diterbitkan dalam bentuk cakera padat (VCD) pernah mencetus fenomena di Malaysia satu ketika dahulu.

Kini selepas hampir 16 tahun telefilem itu diterbitkan, pelakon dan penerbit Datuk Dr Boy Iman telah menerbitkan semula karya berkenaan dalam versi filem.

screen-shot-2017-07-06-at-5-02-00-pm

Menurut Dato Dr Boy Iman yang juga merupakan salah seorang pelakon asal Blok 404, tujuan beliau menerbitkan filem Blok 404 adalah kerana mahu mengembalikan semula nostalgia peminat-peminat telefilem ini.

“Sewaktu kita lakukan telefilem Blok 404, jualan VCD sangat tinggi sehingga menjadi fenomena dalam industri hiburan. Banyak bakat-bakat baru yang terlahir disana antaranya saya, Nabila Huda, Arwah Faisal Yusof termasuklah Raja Azri dan Zamarul Hisham”, jelasnya.

screen-shot-2017-07-06-at-4-56-20-pmscreen-shot-2017-07-06-at-4-57-01-pm

Ditanya adakah beliau tidak gusar dengan perbandingan yang akan dilakukan oleh peminat, katanya sebagai pelakon dan penerbit kerisauan itu tetap ada.

“Dulu kita pernah meletup dan menjadi fenomena, jadi harapan penonton sangat tinggi sebab itu kita cuba buat yang lebih baik”, katanya.

screen-shot-2017-07-06-at-3-57-50-pm

Jalan cerita filem Blok 404 tiada kaitan langsung dengan cerita yang lama. Malah kata Dato Dr Boy Iman, filem ini lebih menarik kerana aksi yang dipaparkan lebih seram dan mendebarkan.

“Apa yang boleh saya katakan mungkin klasifikasi untuk filem ini nanti bukan untuk tontonan umum. Mungkin untuk 13 atau 18 tahun ke atas, tapi kuat hati saya cakap 18”.

screen-shot-2017-07-06-at-5-04-30-pm

Filem yang diarahkan oleh Azma Aizal ini bakal menjengah pawagam pada hujung tahun nanti dan dibarisi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Amar Asyraf, Nur Risteena, Kamal Adli, Nadia Brian serta penampilan istimewa oleh Zamarul Hisham, Raja Azri dan Dato Dr Boy Iman sendiri.

screen-shot-2017-07-06-at-3-59-19-pm

Dato Dr Boy Iman ditemui sewaktu majlis berbuka puasa bersama barisan pelakon filem Blok 404 yang berlangsung di Hotel Royal Kuala Lumpur. Apa-apa pun tak sabar Suria nak tonton filem ini nanti. Adakah mampu untuk mengatasi kehebatan telefilem Blok 404? Tunggu!

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!