93569

Filem Fantasi Seram Nakee 2 Kini Di Pawagam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sudah mula ditayangkan pada 18 Julai yang lalu, filem bergenre fantasi seram Thailand – Nakee 2 mengisahkan tentang seorang gadis muda bernama ‘Sroi’ yang lahir dan tinggal di Kampung Don Mai Pah di Wilayah Timur Laut Thailand.

Sroi dibesarkan dengan kepercayaan Jao Mae Nakee dan membantu neneknya menjual bunga kepada mereka yang datang menyembah Jao Mae Nakee. Dia juga turut menjaga kuil batu Jao Mae Nakee sejak kecil dan disebabkan itu, dia mempunyai ikatan kuat dengan Jao Mae Nakee.

Pada suatu hari, seorang detektif polis, Captain Pongprap telah dipindahkan ke balai polis Don Mai Pah yang mempunyai banyak kes jenayah yang mengerikan. Kebanyakkan kes adalah misteri dan sehingga sekarang tidak dapat diselesaikan.

Penduduk kampung percaya bahawa itu adalah kelakuan Jao Mae Nakee dan mengaitkan kejadian pembunuhan itu dengan Sroi kerana ikatan kuat gadis itu dengan tugu batu Nakee.

Sebagai anggota polis, Pongprap tidak pernah percaya kepada kejadian mistik dan hantu serta tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap gadis tersebut. Pongprap mula mencari kebenaran disebalik jenayah misteri yang berlaku di perkampungan Don Mai Pah.

Filem yang dibawakan oleh TGV Pictures ini diarahkan oleh Pongpat Wachirabunjong dan dibintangi Nadech Kugimiya, Urassaya Sperbund, Natapohn Tameeruks dan Phupoom Pongpanu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!