84831

Filem 'Padmavati' Akhirnya Ditayangkan 25 Januari - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem kontroversi Bollywood ‘Padmavati’ akhirnya telah mendapat tarikh tayangan iaitu pada 25 Januari 2018.

Namun tajuk filem yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali itu telah ditukar daripada Padmavati kepada ‘Padmaavat’atas nasihat lembaga penapis filem.

Filem ini telah berhadapan dengan pelbagai kontroversi pada tahun lalu sehinggakan tarikh asal tayangan iaitu pada 1 Disember 2017 terpaksa ditangguhkan.

whatsapp-image-2018-01-15-at-12-00-31-pm

Jalan cerita yang mengisahkan tentang percintaan dari dua individu berlainan agama ini telah mencetuskan kemarahan sebahagian masyarakat di India sehinggakan ada ugutan untuk memenggal kepala pelakon utamanya, Deepika Padukone.

Biarpun telah mendapat kelulusan tayangan, namun filem ini tidak akan ditayangkan di beberapa daerah seperti Rajasthan dan Gujarat.

Filem Padmaavat bakal menjadi filem India pertama yang ditayangkan dalam teknologi IMAX 3D.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!