93269

Filem Showtime 1958 Ceritakan Kisah Sebenar Di Studio Jalan Ampas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem ‘Showtime 1958’ akan menceritakan kisah perit perjuangan anak-anak seni yang belum pernah dikongsikan sebelum Studio Jalan Ampas ditutup setelah 20 tahun beroperasi. Filem ini merupakan karya tulisan dan juga diarahkan oleh Anwardi Jamil.

Seperti yang ramai tahu, suatu ketika dahulu Singapura merupakan sebuah pusat perfileman yang melahirkan ramai bintang filem Melayu. Namun kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif dan kemasukkan filem asing menjadi titik tolak kemerosotan industri filem Melayu di Singapura sekitar 1950an.

Filem ‘Showtime 1958’ akan memaparkan beberapa kisah yang disampaikan secara kejadian yang berlaku dalam tempoh dua puluh empat jam pada satu tarikh penting bagi bintang-bintang filem di Studio Jalan Ampas ketika itu. 1958 merupakan tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan. Terdapat sebahagian besar anak seni yang berasal daripada Malaya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi menyertai Merdeka Film Studio yang dibuka selepas Malaya mencapai kemerdekaan.

Menggandingkan bintang-bintang baharu dan lama seperti Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri dan Mubarak Majid, filem ‘Showtime 1958’ merupakan filem pertama terbitan Nafalia Corporation yang sebelum ini berpengalaman dalam menerbitkan drama dan rancangan bersiri untuk stesen-stesen televisyen tempatan.

Filem ‘Showtime 1958’ bakal memulakan penggambaran pada 17 Jun 2019 dan dirancang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei pada awal tahun 2020.

SENARAI KREW PRODUKSI SHOWTIME 1958
Penerbit : FARID K AHMAD, ANWARDI JAMIL
Penerbit Bersama : SARAH TANG YEN YEN
Penulis & Pengarah : ANWARDI JAMIL
Penolong Pengarah : CHRIS ARUEL
Pengarah Sinematografi : NORAZAM MOHD YUSOFF
Pengarah Seni : JIE IBRAHIM
Editor : NOORHAFIZ MOHAMAD NOR
Pengurus Produksi : RAZIF KAMAL
Pengurus Kewangan : AZLISHAM ABDULLAH
Penyelaras Produksi : AHMAD SAFWAN AZEMI, SOFEA AMALINA ISHAK
Pakaian : COUTURE CLASSIC (M) SDN. BHD.
Pereka Pakaian : AKMA SURIATI AWANG
Rambut & Solekan : ANGGUN KASIH
Pengarah Muzik : RAJA ISKANDAR RAJA IBRAHIM, EBBY SAIFULLAH ALI
Kumpulan Tarian: TARIAN RUMBIA

Ikuti perkembangan terkini mengenai Showtime 1958 di:
Instagram: www.instagram.com/showtime.1958
Facebook: www.facebook.com/showtime.1958

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!