71939

Fiza Halim Minta Bekas Suami, Adam AF Jelaskan Hutang Kad Kredit - Suria FM - Segalanya Hiburan

Setiap manusia mempunyai tahap kesabaran masing-masing dan jika ia sudah melebihi had, jangan terkejut kalau individu itu ‘meletop’. Situasi ini juga terjadi pada pelakon, Fiza Halim yang sudah lebih daripada setahun bersabar dengan sikap bekas suaminya iaitu Adam AF.

Menurut kenyataan Fiza, beliau menuntut Adam untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui ketika mereka bercerai pada 28 Februari 2015.

img_1724

Bukan itu sahaja, Adam juga menuntut untuk membayar hutang kad kredit atas nama Fiza yang berjumlah RM16,000 yang hampir membuatkan nama Fiza disenarai hitam.

“Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji. Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama. 

“Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya enam kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu. Disebabkan masalah hutang ini, nama saya hampir disenarai hitam masalah permohonan pinjaman untuk saya membeli kereta baharu juga tidak berjaya. Saya seperti terhegeh-hegeh menuntut hutang, sedangkan banyak panggilan dan mesej yang dihantar tidak dilayan.”

Apa yang difahamkan, menerusi kenyataan beliau, boleh nampak bahawa Fiza agak terkilan dengan sikap Adam yang sering menunjukkan imej baik sedangkan beliau mengambil sikap tidak peduli dalam soal hutang. 

“Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej ‘alim’ tetapi apa yang dilakukannya bertentangan. Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun.”

Semoga apa yang diluahkan oleh Fiza ini dapat membuka mata Adam untuk tidak terus mengelak dan cuba untuk membayar hutangnya sedikit demi sedikit.

Fiza juga mengaku bahawa beliau agak berasa malu apabila kekasihnya pula terpaksa membantu beliau membayar hutang kad kredit walaupun beliau tiada kena mengena dalam hal itu. 

Apa yang boleh diharapkan agar Adam jangan ambil hal ini sambil lewa sebab macam tidak baik buat orang lain begitu. Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik ye. 

Sumber : beautifulnara

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!