72184

Fizi Ali Dah Lima Tahun Tak Terima Ucapan Hari Jadi Dari Zulin Aziz - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

whatsapp-image-2017-04-16-at-9-07-22-pm

Pada hari Sabtu 15 April yang lalu, penyampai radio Suria, Fizi Ali telah menyambut hari kelahirannya yang ke-28. Secara kebetulan pada hari tersebut juga, Fizi sama-sama menyertai siri Jelajah Suria 10 Tahun di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Malah, sewaktu mengendalikan acara tersebut bersama rakan-rakan sekerjanya di atas pentas, dia telah diberi kejutan oleh para penyampai yang lain. Fizi kelihatan begitu terkejut kala diberikan kek hari jadi. Bukan sahaja disuapkan dengan kek tersebut, muka Fizi juga sempat dicoretkan dengan krim daripada kek tersebut.

whatsapp-image-2017-04-16-at-6-37-32-pm-1

“Saya betul-betul terkejut dengan semua ini namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan kesejahteraan saya,” ucap Fizi.

Fizi yang merupakan salah seorang daripada tiga penyampai segmen Suria Pagi bersama dengan Halim Othman dan Zulin Aziz sempat memberitahu yang dia sudah lima tahun tidak menerima ucapan ulang tahun daripada bekas kekasihnya, Zulin Aziz yang kini bergelar rakan sejawatnya di Suria.

“Ya, sebenarnya sudah lima tahun saya tidak berhubung dan menerima ucapan hari jadi dari Zulin. Pasti ramai yang tahu bahawa kami dulu pernah menjalin hubungan istimewa dan sejak putus, dia tidak lagi mengucapkan selamat hari jadi kepada saya. Jadi tahun ini, siapa sangka kami dah bekerja di bawah satu bumbung dan setelah lima tahun barulah Zulin mengucapkan selamat hari jadi kepada saya semula. Sudah tentu ini boleh dianggap sesuatu yang istimewa juga ,” seloroh Fizi sambil tertawa.

announcer-thumbnail_fizi-ali

Sewaktu berada di dalam bas jelajah, Fizi telah meminta Zulin menyanyikan lagu untuknya sebagai hadiah permintaan hari jadi. Walau bagaimanapun Zulin hanya mendendangkan beberapa baris pertama lagu ‘Mengapa’ dendangan Nicky Astria selepas mengucapkan selamat hari jadi kepada Fizi.

whatsapp-image-2017-04-16-at-9-09-33-pm

Kami di Suria sangat menghormati sikap profesional Zulin yang tidak keberatan untuk memberikan yang terbaik dalam tugasnya walaupun terpaksa bekerja dengan bekas teman lelaki sendiri!

Yang pasti Suria sekali lagi ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Fizi Ali dan semoga sentiasa dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!