72880

Fizi Ali Rebah Di Atas Pentas SURIA Jam 2 - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-12-27-at-7-36-28-am-2

Baru-baru ini telah berlangsung rakaman episod terakhir SURIA Jam musim kedua di MYDIN Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang hujung minggu lalu.

Tam Spider dan Drama Band menjadi artis terakhir membuat persembahan bagi penutup tirai SURIA Jam 2.0.

whatsapp-image-2017-12-27-at-7-36-27-am

whatsapp-image-2017-12-27-at-7-36-27-am-1

whatsapp-image-2017-12-27-at-7-36-28-am-3

Dalam keghairahan peminat melayan persembahan mantap Tam dan Drama Band, tiba-tiba salah seorang pengacara pada hari itu iaitu Fizi Ali yang juga merupakan penyampai Suria Pagi telah rebah di atas pentas.

Sebenarnya dari awal lagi Fizi sudah mengadu pening kepala, namun disebabkan tanggungjawab, dia gagahkan juga untuk melunaskan kerjanya.

whatsapp-image-2017-12-27-at-7-36-28-am-4

Namun nampaknya tubuhmya tidak lagi mampu bertahan waktu itu apabila Fizi tiba-tiba rebah di atas pentas sewaktu penghujung rakaman.

Disebabkan itu Fizi telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Mujur tiada apa-apa yang serius berlaku padanya. Cuma tekanan darah Fizi yang dilaporkan sedikit tinggi.

whatsapp-image-2017-12-27-at-7-36-28-am-1

Malah Fizi juga telah kembali bertugas di SURIA pagi. Semoga Fizi lebih banyakkan berehat selepas ini ya!

whatsapp-image-2017-12-27-at-7-36-28-am

Kepada pembaca jangan lupa untuk saksikan episod terakhir SURIA Jam 2 tidak lama lagi di Suria.My dan Facebook SURIA FM

 

(Gambar daripada Instagram Fizi Ali dan Suria Malaysia)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!