72351

Fizi Ali Tolak Tawaran Filem - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai radio Suria, Fizi Ali mengakui baru-baru ini beliau ada menolak satu tawaran untuk berlakon filem.

Fizi yang pernah menyertai rancangan realiti Pilih Kasih berkata, beliau terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana jadual penggambaran bercanggah dengan komitmennya.

screen-shot-2017-06-09-at-12-37-53-pm

Tambah Fizi lagi, ilmunya dalam bidang lakonan juga perlu dipertingkatkan lagi andai beliau benar-benar mahu terjun ke bidang lakonan.

“Kalau betul-betul mahukan saya, jangan putus asa dengan saya. Saya akan terangkan kepada pihak produksi kalau betul-betul mahukan saya bahawa saya adalah penyampai radio, saya ada waktu saya bersama radio dan saya tak pandai berlakon.

Kalau boleh saya perlukan bantuan terutamanya dari pengarah untuk ajar serta bantu saya apa yang patut sewaktu di set kerana saya tidak mahu kelihatan tidak bersedia”, jelasnya.

screen-shot-2017-06-09-at-12-46-03-pm

Memilik rupa paras yang kacak, pastinya Fizi menjadi rebutan ramai penerbit. Namun kata Fizi, beliau tidak mahu dikatakan hanya bersandarkan kepada rupa paras semata-mata tetapi kualiti lakonan tidak ada.

Ditanya andai selepas ini ada pelbagai tawaran berlakon yang mendatang, kata Fizi dia akan cuba melihat jadualnya terlebih dahulu.

screen-shot-2017-06-09-at-12-37-19-pm

“Andai saya ditakdirkan untuk kembali berlakon, saya mahu bergandingan bersama bakal tunang saya, Shakilla Koriri”.

Fizi Ali dan Shakilla Koriri bakal bertunang selepas Aidilfitri nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!