89305

Flop Poppy Bergabung Untuk Persembahan Khas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebuah band yang tak perlu diperkenalkan lagi, Flop Poppy telah berada di persada industri muzik Malaysia sejak hampir 30 tahun yang lalu. Bermula sebagai sebuah kumpulan indie yang hanya membuat persembahan di gig-gig underground, Flop Poppy mula mengambil langkah seterusnya untuk menceburi dunia muzik ‘mainstream’ setelah mendapat tawaran daripada syarikat rakaman NSR pada awal tahun 2000. Melalui pengenalan lagu ‘Rest Of My Life’ dan ‘Cinta’, mereka berjaya menarik minat stesen radio berbahasa Melayu dan Inggeris untuk memainkan lagu mereka dan seterusnya menambat hati peminat muzik Malaysia.

Setelah sekian lama tidak menemui para peminat dan membuat persembahan dimana-mana, anggota asal Flop Poppy yang terdiri daripada Andy (vokal & gitar), Mijie (gitar), Megat (gitar), Wandy (bass) dan Bakri (dram) bergabung semula untuk sebuah persembahan khas buat para peminat lagu-lagu Flop Poppy.

Showcase Rona Bunyi: Flop Poppy – Rest Of My Life akan diadakan pada 1 September 2018 di Panggung Asia, Setor Gombak, Jalan Gombak bermula jam Lapan malam.hingga 12 tengah malam. Ini merupakan showcase kedua dibawah siri Rona Bunyi anjuran Tempatan FM dan Kelipan Store. Siri pertama Ronabunyi telah diadakan pada bulan lalu.

Di hari persembahan, peminat-peminat Flop Poppy akan disajikan dengan lebih kurang 25 buah lagu dendangan Flop Poppy serta kemunculan khas beberapa artis undangan tanahair.

Mereka juga akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan Pretty Ugly yang sudi menyokong dan memeriahkan lagi showcase yang akan berlangsung selama hampir empat jam keseluruhannya.

Tiket-tiket yang berharga RM45 (Pra-Jualan) dan RM50 (hari persembahan) telah mula dijual sejak beberapa minggu lalu dan boleh didapati dengan cara-cara berikut:-

1. Melalui applikasi TicketApps yang boleh dimuat turun di dari Google Play dan AppStore
2. Dengan menempahnya daripada wakil-wakil jualan yang diumumkan di media sosial rasmi Flop Poppy dan Tempatan FM.
3. Boleh dibeli di pintu masuk Setor Gombak pada hari persembahan

Namun begitu, peminat digalakkan membeli tiket awal untuk mengelak kehabisan tiket sewaktu hari persembahan akibat permintaan yang sangat menggalakkan.

Ahli-ahli Flop Poppy juga telah membuat persetujuan di mana untuk setiap pembelian lima tiket ke atas, mereka akan menghantar tiket-tiket tersebut kepada peminat berkenaan. Ini adalah tanda penghargaan Flop Poppy kepada peminat mereka disamping sebagai satu cara merapatkan hubungan mereka dengan para peminat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!